Bantuan Salam : “Kalau akak tak kuat iman dah lama akak lari” -Puan Nur Azri


“Kalau akak tak kuat iman, dah lama akak lari”  -Puan Nur Azri

Bila melihat si camar bergerombolan di udara meniti jalur-jalur fajar di waktu senja, itu petanda mereka dalam perjalanan pulang ke sarang setelah seharian bermusafir mencari rezeki.

Namun kisah si camar ini tidaklah seindah buat seorang wanita penghidap asma dan migrain yang mencari rezeki di jalanan demi sesuap nasi untuk menyara keluarga.

Puan Nur Azri Natasha, 37 merupakan isteri kepada Abdul Majid Abdullah, seorang peniaga nasi lemak yang menjalankan perniagaannya secara kecil-kecilan di kawasan berhampiran sekolah berdekatan rumahnya.

Akak berniaga bukan hari-hari. On-off je. Asal syarat memadai untuk sara belanja harian

Dia menyara suami dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah dengan penuh rasa tanggungjawab meskipun pendapatannya tidak menentu.

Suaminya kini sedang menderita sakit lumpuh sebelah kiri badan sejak 2014 akibat kemalangan kecil yang menimpa secara luar kawalan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada suatu pagi ketika sedang bersiap untuk ke tempat niaga. Semasa menuruni tangga, kaki suaminya tersalah pijak lalu tergelincir hingga jatuh ke lantai dan akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.

Menjelang tengahari barulah suaminya sedar dan ketika itu, mukanya mula mengherot. Maka bermulalah detik kehidupan dengan lumpuh sebelah badan sehingga ke hari ini.

Akibat daripada itu juga, suaminya hanya terlantar di atas katil pada setiap masa. Namun, katil tersebut sudah mengalami banyak kerosakan pada komponennya. Tidak kurang juga, sebuah kerusi roda untuk pergerakan suaminya juga turut rosak dan mulai rapuh. Maka, beliau akan menguruskan suaminya di atas kerusi roda dengan penuh berhati-hati.

Selain itu, Puan Nur Azri juga diuji dengan krisis kewangan apabila nadi utama pergerakannya, sebuah Perodua Kancil miliknya rosak pada Februari lalu.

Kerosakan serius yang berlaku di bahagian enjin dan kotak gear itu memaksa beliau untuk membayar kos keseluruhan baiki kereta tersebut sebanyak RM 3,373.

Namun jumlah itu adalah di luar kemampuannya. Beliau hanya mampu menjelaskan bayaran tersebut sebanyak RM 1,000 sahaja secara ansuran.

Paling menyedihkan, walaupun keretanya itu sudah selesai dibaiki, namun beliau masih belum boleh menuntut kereta tersebut atas sebab baki bayaran sebanyak RM 2,373 masih lagi tertunggak sehingga kini.

Ini menyebabkan perniagaannya terkandas. Beliau terpaksa bergantung penuh pada perkhidmatan Grab jika perlu ke mana-mana, termasuklah berulang-alik dari rumah ke hospital untuk urusan rawatan suaminya. Katanya lagi, duitnya banyak habis digunakan untuk tambang sahaja.

Begitulah kisah penderitaan puan Nur Azri yang amat mengharapkan bantuan berbentuk kewangan bagi melangsaikan terus baki bayaran baiki keretanya, sekaligus membolehkan beliau untuk ‘menghidupkan’ kembali perniagaan nasi lemaknya bagi menampung sara hidup keluarganya.

MVM menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk nbersama-sama memberi sumbangan semampu yang mungkin buat puan Nur Azri agar kehidupannya akan bertambah baik untuk hari-hari akan datang.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.