Team Operasi

Kenali pasukan disebalik organisasi Muslim Volunteer Malaysia.

Hasbullah Najib

Hasbullah Najib telah bersama MVM sejak 2018 dan mempunyai pengalaman dalam dunia kemanusiaan hampir 10 tahun serta terlibat dalam pelbagai misi bantuan kemanusiaan dalam dan luar negara.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi, Hasbullah akan memastikan segala proses operasi harian di MVM berjalan lancar dan organisasi berfungsi dengan sebaiknya. Di luar organisasi, Hasbullah merupakan seorang pendakwah bebas yang disenangi dan disayangi orang ramai di sekitar Lembah Klang.

Suzilawati Abdullah

Suzilawati Abdullah atau mesra dipanggil Jie merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan, UTeM. Sebelum menjadi sebahagian penggerak kerja-kerja NGO, beliau pernah bekerja dalam sektor kejuruteraan dan penerbitan buku. Selain menyukai kedai buku dan Balai Seni Lukis Negara, beliau juga peminat sastera penulisan.

Minat beliau dalam kerja-kerja NGO terinspirasi daripada pengalaman Dr Baba Md Deni, seorang doktor sukarelawan Mercy yang pernah ditembak sewaktu kerja kerja kemanusiaan di Iraq suatu ketika dahulu. Bagi beliau, pengalaman Dr Deni adalah kisah yang sangat menghidupkan hati. 

Rabi’atul Adawiyah Kamaludin

Adawiyah mula berkhidmat dalam bidang NGO secara sepenuh masa setelah tamat menjalani latihan industri. Memikul tanggungjawab dalam berurusan dengan orang para dermawan MVM, menjalinkan hubungan baik bersama syarikat korporat dan penaja MVM dalam program tanggungjawab sosial korporat, berkolaborasi bersama pelajar universiti dalam melatih diri untuk menjadi sukarelawan “fundraising”.

Beliau seorang yang berdikari, dan sangat bersopan santun.

Nurazielah binti Roslee

Ziela bertugas di Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sebagai Eksekutif Sumber Manusia dan Operasi. Ziela bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan MVM dan juga sangat komitmen dalam mengendalikan tugasnya.

Agak pemalu jika tidak mengenali seseorang tetapi sangat mudah didekati.

Nur Shahirah Kharuman

Dua tiga kucing berlari, boleh panggil dia Seri.

Bertugas di bahagian Projek & Hal Ehwal Kemanusiaan (ProHEK). Dulu masa beliau muda mudi, beliau ditugaskan untuk mengetuai projek Pure Heart. Alaa, projek bulanan yang bagi barang asas untuk keluarga B40 guna kotak tu. Sekarang beliau dah tua sikit, beliau diberi tanggungjawab untuk menjadi Eksekutif Kanan Komuniti Sukarelawan pula. Para sukarelawan MVM semua berada dibawah jagaan Kak Seri.

Walaupun orangnya kecil molek, tapi mempunyai cita-cita yang sangat besar!

Ahmad Aniq bin Mohd Azham

Aniq bertugas di Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sebagai Eksekutif Kanan dibawah Jabatan Kandungan dan Penjenamaan. Beliau gemar dalam memikirkan strategi membangunkan dan memberi impak positif untuk pengikut media sosial MVM.

Beliau juga amat prihatin terhadap masalah masyarakat dan ingin memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang banyak perkara seperti “mindset” komuniti setempat, kebersihan alam sekitar, kebersihan tempat perlindungan haiwan dan lain-lain. Selain itu, Aniq juga seorang usahawan dan sangat minat memasak terutamanya membuat kek dan biskut.

Muhammad Syafiq bin Idris

Menceburi bidang kemanusiaan seawal tahun 2016 sebagai seorang pelajar industri, kini beliau meneruskan usaha dan minat yang dipupuk bersama MVM sejak April 2021 di Bahagian Projek & Hal Ehwal Kemanusiaan (ProHEK). Mengambil tanggungjawab menjaga segala projek dalam negara yang memfokuskan maanfaat kepada masyarakat pedalaman, bencana alam, serta hal ehwal & isu semasa yang berlaku dalam & luar negara.

Seorang yang aktif melakukan aktiviti seperti berlari, memasuki denai dan memanjat bukit, beliau amat menitik beratkan soal kesihatan diri dan mental.

Hana Syahida Razali

Hana merupakan graduan dalam bidang akaun tetapi telah terjebak kedalam dunia marketing kerana minatnya. Bermula dari menjadi sukarelawan, beliau kini memegang jawatan sebagai digital marketer di MVM. Minat dalam bidang kemanusiaan membuatkan beliau memilih untuk menjadi sebahagian penggerak kerja-kerja NGO.

“Terkadang, manusia ragu untuk berbuat baik kepada sesama karena merasa kebaikannya tidak cukup bernilai. Namun, sebenarnya sebuah kebaikan tetaplah kebaikan dan lebih baik dari beribu keburukan“.

Amirah binti Harun

Amirah menyertai Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sejak Intern pada awal Januari 2019. Beliau sangat kreatif menguruskan Facebook, Instagram, Telegram, Twitter dan TikTok MVM. Beliau juga seronok menulis artikel-artikel berkaitan aktiviti program kebajikan di blog MVM demi menyebarkan kesedaran dan memberi informasi yang tepat kepada masyarakat.

Semasa di universiti lagi, Amirah sudah berkecimpung dalam dunia sukarelawan. Mudah mesra dengan orang tetapi sangat berhati-hati. Semoga Amirah akan terus kekal berbakti untuk masyarakat selama kudrat dikandung badan. Salam mesra ‘Kemanusiaan’.

Muhammad Najib bin Hamidi

Najib menyertai MVM pada Januari 2019 bermula sebagai intern. Bertugas sebagai eksekutif pereka grafik dan bertanggungjawab dalam mereka bahan hebahan seperti poster, banner, bunting dan lain-lain mengikuti daya kreativiti tersendiri. Apabila di lapangan misi, beliau merupakan jurugambar yang suka menangkap momen-momen indah untuk dijadikan kenangan dan juga kesedaran masyarakat.

Syazwani Saufi

Syazwani adalah ‘ Fresh graduate ‘ dari sebuah Kolej Kemahiran dalam Jurusan Diploma Filem Dan Animasi. Tidak memiliki banyak pengalaman dalam bidang editing Dan videografer tetapi beliau mempunyai semangat, tekun dan gigih dalam melaksanakan setiap tugasan kerjanya. Beliau juga seorang yang mudah tersenyum dan terhibur! Di MVM, beliau memegang jawatan sebagai junior video editor dan videografer.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.