8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Volunteer MVM Appreciation Award

MVM volunteers awards 2016

8 SOALAN TENTANG VOLUNTEER MVM AWARDS 2016 

1. Apa itu MVM Volunteer Appreciation Awards 2016

MVM Volunteer Appreciation Awards 2016 merupakan suatu majlis untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada para sukarelawan yang telah banyak menyumbang bakti terhadap kejayaan program-program kendalian MVM.

2. Bagaimana untuk menyertai MVM VAA 2016.

a) Anda boleh mendaftar dengan 4 langkah mudah iaitu :
Buat bayaran ke akaun berikut :
 
➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳ Maybank 56480 164 7699
➳ CIMB Islamik 8602 5378 07
 
b) Sahkan pendaftaran anda dengan menghantar BUKTI BAYARAN dan MAKLUMAT berikut :
 
➳ Nama Penuh
➳ No. telefon
➳ Email
➳ Alamat
 
c) Hantar maklumat di atas ke email anugerah.mvm@gmail.com sebelum 16 Disember 2016.
 
d) Anda akan mendapat e-mel pengesahan untuk pendaftaran dan dihubungi oleh Pihak MVM dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja selepas pembayaran disahkan.

3. Adakah saya boleh menyertai majlis ini sekiranya saya langsung tidak pernah terlibat dengan mana-mana program yang dianjurkan MVM.

Ya! Anda boleh menyertainya. Majlis ini terbuka kepada semua!

4. Sampai bilakah saya boleh membuat pendaftaran bagi penyertaan majlis ini ?

Pendaftaran bagi penyertaan MVM VAA 2016 akan ditutup serta merta apabila kuota 200 tempat telah penuh.

5. Adakah dengan mendaftar bagi program ini, saya dikira telah mendaftar untuk keahlian sukarelawan MVM?

Tidak, pendaftaran ini hanyalah bagi majlis Volunteer Appreciation Awards 2016 sahaja. Namun begitu, pada majlis tersebut pihak MVM akan menerangkan dan membuka pendaftaran bagi keahlian sebagai sukarelawan MVM bagi tahun 2017.

6. Apakah keistimewaan sekiranya saya menyertai MVM Volunteer Appreciation Awards 2016?

Antara keistimewaan yang bakal diperolehi sekiranya menyertai majlis ini ialah :
 
I. Anda merupakan antara orang pertama yang bakal mendapat takwim penuh bagi aktiviti-aktiviti MVM bagi tahun 2017.
 
II. Anda bakal mendapat harga promosi istimewa bagi pendaftaran keahlian sukarelawan MVM bagi tahun 2017 yang hanya akan ditawarkan pada malam tersebut.
 
III. Harga makan malam istimewa di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam dengan hanya RM20 seorang!
 
IV. Peluang untuk bertemu para sukarelawan daripada serata negara.

7. Adakah pihak MVM menyediakan sebarang kemudahan pengangkutan bagi majlis ini?

Tidak, namun begitu terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang boleh digunakan untuk ke Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam

8. Bolehkah non-muslim menyertai majlis ini?

Ya! Majlis ini terbuka kepada semua tanpa mengira latar bangsa, agama mahupun umur.
 
Tempat semakin terhad. Kini hanya tinggal lagi 40 seats sahaja !
Jumpa anda disana !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.