Apa Sebenarnya Peranan Saya Sebagai Volunteer?

“Apa sebenarnya peranan sebagai volunteer?”

Kadang-kadang  kita selalu nampak, ‘Program Bantuan Blablabla, Sukarelawan Diperlukan!’.

Lalu kita terpikir, “Eh, teringin lah nak join! Tapi apa yang aku kena buat sebenarnya?”

Baiklah, untuk kalini, kami cuba kongsikan sedikit informasi berkenaan peranan anda sebagai sukarelawan di Muslim Volunter Malaysia (MVM) dan mungkin juga sukarelawan untuk organisasi-organisasi yang lain.

Sebelum itu, apa maksud sukarelawan ni sebenarnya?

Suka-rela-wan.
Daripada perkataan ini kita dapat lihat terdapat 3 suku kata; suka, rela dan wan. Secara tidak langsung kita sudah memahami bahawa sebenarnya sukarelawan ini ialah seseorang yang melakukan sesuatu itu dengan hati yang bahagia (suka) dan tanpa dipaksa (rela) daripada mana-mana pihak.

Boleh jadi mereka dibayar atau diberikan hadiah selepas mereka melakukan sesuatu itu sebagai tanda apresiasi, namun bukan itu yang mereka harapkan. Apa yang mereka harapkan ialah kepuasan dalam melakukan perkara tersebut.

“Tapi apa sebenarnya peranan saya sebagai sukarelawan?”

Baiklah, terdapat beberapa peranan atau tugas anda sebagai sukarelawan. Antaranya:

  1. Menyumbang Dari Segi Tenaga Kerja

    Sumbangan dari segi tenaga ini ialah sumbangan yang sangat diperlukan oleh sesuatu organisasi daripada sukarelawan-sukarelawan.Contohnya dalam program Pure Heart anjuran MVM, kita akan mengedarkan barang atau makanan asas kepada lebih kurang 200 orang asnaf yang terpilih.Untuk itu, kita akan membungkus dahulu makanan-makanan tersebut kedalam kotak-kotak.

    Bagi memastikan aktiviti itu berjalan lancar dan berjaya, sumbangan tenaga daripada andalah yang sangat diperlukan.

  2. Memberikan Semangat Atau Memotivasikan Penerima Bantuan

    Sebagai sukarelawan juga, kita sebenarnya membawa semangat kepada para asnaf atau penerima bantuan untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan. Dengan kepuasan dan keriangan yang terpancar daripada wajah sukarelawan, itu juga sudah cukup untuk memberikan semangat buat para penerima bantuan.Semangat yang kita bawa itu akan kita terap dan naikkan dalam diri mereka bahawa mereka sebenarnya tidak berkeseorangan. Mereka sebenarnya boleh berubah ke arah yang lebih baik dalam membantu diri mereka dengan sedikit bantuan daripada kita.“From a spark, it could be flame”. Jadi tugas kita sebagai sukarelawan ialah membantu mereka untuk rasa bersemangat supaya berubah.

  3. Duta Kebajikan Kepada Masyarakat

    Sebenarnya secara tidak langsung, kita sebagai sukarelawan ialah duta kepada masyarakat. Duta dari aspek kebajikan. Kita sedang membawa suatu persepsi yang baik kepada masyarakat iaitu aktiviti membantu ini ialah suatu aktiviti yang mulia.Fitrah manusia ini suka dibantu. Namun tak ramai yang sedar, untuk dibantu perlulah ada yang membantu kan? Jadi, melalui aktiviti kesukarelawanan, masyarakat akan terdidik oleh apa yang kita lakukan, apa yang kita amalkan, iaitu memberi bantuan.Tugas kita sukarelawan juga ialah untuk mengajak mereka atau memahamkan mereka bahawa terdapat pelbagai faedah dan manfaat yang mereka boleh serap daripada aktiviti kesukarelawan ini.

    Berkenaan manfaat menyertai aktiviti kesukarelawan ini, kami pernah kongsikan dan anda boleh klik sini. Jadi, anda perlu berbangga, anda merupakan duta kebajikan kepada masyarakat.


Secara am, peranan volunteer adalah meliputi pelbagai aktiviti dan khidmat sukarela seperti dalam bidang-bidang kebajikan, pemulihan, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekeliling.

Itulah serba sedikit peranan sebagai sukarelawan yang kami boleh kongsikan. Semoga anda mendapat pencerahan dan maklumat berguna daripada perkongsian ini.

 

Anda berminat untuk sertai kami sebagai #VolunteerMVM?

Klik Sini- Pendaftaran Sukarelawan MVM atau hubungi Whatsapp 013-8343012 (Hasif) untuk membantu anda mendaftar.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.