Di Sebalik Pintu 4.0 – Pencarian Asnaf Kini Bermula

Di Sebalik Pintu 4.0 – Pencarian Asnaf Kini Bermula.

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

Pada Di Sebalik Pintu 3.0 yang lalu, MVM telah berjaya membantu seorang ibu tunggal iaitu Pn Hadheejatul Kubra binti Salmin Baris. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga 2 orang anak iaitu Jannatul Firdaus(18) & Luqmanul Hakeem(12). Untuk membaca kisah Di Sebalik Pintu 3.0, klik di sini.

Pada tahun 2017 ini, sekali lagi MVM membuka pencarian asnaf yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetap untuk program DSP 4.0 ini.

Antara kriterianya adalah seperti berikut :

1) Mestilah berkeluarga
2) Pendapatan sebulan kurang daripada RM900 sekeluarga
3) Golongan asnaf / miskin
4) Keluarga menetap di Selangor

Kami mohon kerjasama anda semua untuk sama-sama membantu dalam pencarian asnaf ini agar kita dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung mereka dalam program ini.

Jika anda mempunyai maklumat berkenaan keluarga asnaf ini, sila INBOX FB page Muslim Volunteer Malaysia, klik sini.

Apa yang lebih penting disini adalah individu yang mencadangkan keluarga tersebut mestilah bekerjasama dan memberi komitmen penuh sebagai orang tengah dalam program ini sehingga ianya selesai.

In sha Allah, doakan pencarian asnaf ini berjalan dengan lancar. Mohon bantu “SHARE” artikel ini supaya lebih ramai orang mendapat informasi ini.

Terima kasih.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.