Heliza Helmi Inspirasi Anak Muda

Assalamualaikum semua pembaca. Apa khabar harini? Moga sihat sejahtera semua.

Kali ini, kami akan berkongsi sedikit informasi berkenaan salah seorang Ikon MVM yang banyak bergiat aktif dalam program-program MVM dan juga program amal yang lain.

Siapa yang tidak kenal selebriti wanita yang cantik ini. Boleh kata sesiapa sahaja yang pernah bersemuka dengannya, pasti tidak akan kering gusi dengan celoteh lucunya namun berunsur nasihat dan berisi padat.

Siapa? Beliau ialah Heliza Helmi, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5, yang kini bergiat aktif dalam misi-misi kemanusiaan dan kegiatan amal di Malaysia mahupun serata dunia.

Usahanya memperjuangkan umat Islam yang tertindas nyata membuka mata Muslim Volunteer Malaysia – (MVM) untuk memlih beliau sebagai ikon MVM. Baginya, selepas diberi keizinan oleh orang tua, hampir sepenuh masanya dilakukan dengan kerja-kerja amal.

Antara aktiviti dan kegiatan amal bersama MVM ialah dalam majlis Iftar MVM With Syrian Children di Sekolah Jasmine As-Sham yang berpusat di Setia Wangsa. Heliza sempat menghiburkan anak-anak pelarian dari Syria itu dengan menyanyikan mereka lagu dan memberikan hadiah kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan tersebut. Kanak-kanak di sana bersama #VolunteerMVM yang membantu menjayakan program tersebut sangat menghargai dan seronok akan kehadiran beliau dan seorang lagi artis iaitu Aizat Amdan.


Gambar bersama kanak-kanak Syria di Sekolah Jasmine As-Sham

Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam program MVM yang lain iaitu program Pure Heart pada November 2016 yang lalu. Program tersebut adalah untuk meraikan keluarga-keluarga asnaf yang kurang bernasib baik  dan memberikan mereka bantuan makanan asas pada setiap bulan dengan tenaga-tenaga muda #VolunteerMVM.

Beliau sempat berkongsi kisah-kisah menarik, dan memberi semangat kepada para asnaf yang hadir sehingga mereka tersentuh hati. Sesungguhnya dari hati yang ikhlas memberi akan sampai kepada hati yang ikhlas menerima. Kehadiran Heliza Helmi pada Pure Heart kali itu sangat memberikan kesan yang mendalam kepada semua hadirin.


Gambar bersama Pn Noor salah seorang penerima bantuan Pure Heart 2016

Tidak hanya bersama MVM, dalam kesibukan sebagai selebriti, Heliza turut juga bergiat aktif dalam membantu rakyat-rakyat Islam yang kurang bernasib baik di luar negara, baik dari segi penyebaran maklumat, kempen sumbangan, mahupun dalam misi bantuan kemanusiaan.

Antara kegiatan bantuan luar negara yang beliau pernah terlibat ialah Himpunan Solidariti Selamatkan Aleppo apabila bekerjasama dengan Muslim Care Malaysia, menyebarkan kempen-kempen bantuan Aman Palestin dan turut menyebarkan maklumat berkenaan bantuan tajaan kepada Muslim Volunteer Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Syria baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai hal kerja seninya, Heliza berkongsi beliau turut berpeluang membintangi filem terbaru arahan Aziz M Osman berjudul Bukan Cinta Malaikat.

“Walaupun sekadar watak kecil, saya berbangga kerana ada beberapa watak saya yang digunakan ketika rakaman di Gaza,” katanya.

Jadi, begitulah serba sedikit informasi tentang ikon Muslim Volunteer Malaysia, Heliza Helmi. Beliau telah banyak berbakti kepada masyarakat di Malaysia mahupun luar negara. Moga usaha yang telah dilakukan mendapat keredhaan Allah dan dicontohi oleh anak-anak muda di Malaysia.

Anda di sana mahu menjadi seperti Heliza? Mahu membantu warga-warga yang memerlukan? Mungkin anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan Heliza Helmi pada program-program yang akan datang.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli #VolunteerMVM, anda boleh terus klik link dibawah untuk mendaftar.

KLIK LINK INI : PENDAFTARAN SEBAGAI #VOLUNTEERMVM

Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung pendaftaran anda, boleh terus hubungi Brader Hasif di Whatsapp 013 8343 012.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.