10 PERKARA TENTANG VOLUNTEER APPRECIATION AWARDS 2018

10 PERKARA TENTANG VOLUNTEER APPRECIATION AWARDS 2018

1. Apa itu MVM Volunteer Appreciation Awards 2018

MVM Volunteer Appreciation Awards 2018  adalah sebuah majlis makan malam bagi meraikan dan menghargai sukarelawan MVM yang banyak berkorban tenaga dan masa dalam menjayakan program-program MVM.

2. Bila VAA 2018 akan diadakan? 

Volunteer Appeciation Awards (VAA) ini juga adalah majlis paling bermakna bagi MVM dimana ia akan diadakan setiap 30 Disember bersamaan tarikh ulang tahun penubuhan MVM.

3. Dimana VAA 2018 akan diadakan? 

Pada tahun ini, kami telah memilih Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang sebagai lokasi VAA kerana boleh menempatkan hampir 500 orang dalam satu masa.

4. Bagaimana untuk menyertai MVM VAA 2018.

a) Anda boleh menyertai majlis berprestij ini dengan membeli tiket menggunakan 2 pilihan sama ada :
1)Layari website ini : https://store.mvm.org.my/
Anda juga boleh menonton video ini cara-cara bagaimana hendak membeli tiket di  website tersebut di link ini https://bit.ly/2P56XNJ
ATAU 
2)Buat bayaran ke  mana-mana akaun berikut :
➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
➳ Maybank 56480 164 7699
➳ CIMB Islamik 8602 5378 07
Kemudian, sahkan pendaftaran anda dengan menghantar BUKTI BAYARAN dan MAKLUMAT berikut :
➳ Nama Penuh
➳ No. telefon
➳ Email
➳ Alamat
Hantar maklumat di atas dan whatsapp Bro Aniq di https di talian 013-8343012
Selesai sahaja langkah langkah tersebut, anda akan mendapat e-mel pengesahan untuk pendaftaran dan anda akan dihubungi oleh Pihak MVM dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja selepas pembayaran disahkan.

5. Adakah saya boleh menyertai majlis ini sekiranya saya langsung tidak pernah terlibat dengan mana-mana program yang dianjurkan MVM.

Ya! Anda boleh menyertainya. Majlis ini terbuka kepada semua!

6. Sampai bilakah saya boleh membuat pendaftaran bagi penyertaan majlis ini ?

Pendaftaran bagi penyertaan MVM VAA 2018 akan ditutup serta merta apabila kuota 350 tempat telah penuh.

7. Adakah dengan mendaftar bagi program ini, saya dikira telah mendaftar untuk keahlian sukarelawan MVM?

Tidak, pendaftaran ini hanyalah bagi majlis Volunteer Appreciation Awards 2018 sahaja. Namun begitu, pada majlis tersebut pihak MVM akan menerangkan dan membuka pendaftaran bagi keahlian sebagai sukarelawan MVM bagi tahun 2019.

8. Apakah keistimewaan sekiranya saya menyertai MVM Volunteer Appreciation Awards 2018?

Antara keistimewaan yang bakal diperolehi sekiranya menyertai majlis ini ialah :
I. Anda merupakan antara orang pertama yang bakal mendapat takwim penuh bagi aktiviti-aktiviti MVM bagi tahun 2019.
II. Anda bakal mendapat harga promosi istimewa bagi pendaftaran keahlian sukarelawan MVM bagi tahun 2019 yang hanya akan ditawarkan pada malam tersebut.
III. Berpeluang beramah mesra dan mengeratkan silaturahim bersama para artis jemputan, ikon MVM serta tetamu yang hadir.
IV. Peluang untuk bertemu para sukarelawan daripada serata negara.

9. Adakah pihak MVM menyediakan sebarang kemudahan pengangkutan bagi majlis ini?

Tidak, namun begitu terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang boleh digunakan untuk ke Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang

10. Bolehkah non-muslim menyertai majlis ini?

Ya! Majlis ini terbuka kepada semua tanpa mengira latar bangsa, agama mahupun umur.
Tempat semakin terhad. First comes first serve! Jumpa anda disana !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.