Kembara Qurban Kemboja 2017 Kini Dibuka

Kembara Qurban Kemboja 2017

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak.

Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)”. [Surah al-Kauthar: ayat 1-2]

Qurban dari pengertian bahasa berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurbanan; bermaksud dekat atau mendekatkan diri, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah swt kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

2017 ini sekali lagi MVM dengan kerjasama Volunteering Trip Malaysia (VTM) akan menganjurkan program khas Kembara Qurban Kemboja sempena Aidiladha yang akan berlangsung pada 1 – 4 September 2017 ini. Kali ini kami menyasarkan keluarga asnaf di kawasan pedalaman Kemboja iaitu di Kampung Thnot, Wilayah Kratie.

Tahun ini, kami mensasarkan sebanyak 15 ekor lembu untuk diqurbankan dan diagihkan kepada penduduk kampung ini nanti. In sha Allah.

Mengapa Qurban di Kemboja ?

Antara sebab utama kami memilih perkampungan ini adalah kerana kami dikhabarkan penduduk disini sudah 5 tahun tidak menerima daging qurban dalam kuantiti yang mencukupi. Biasanya, mereka hanya menerima Qurban 2-3 ekor lembu sahaja untuk diagihkan kepada semua penduduk Islam disitu yang berjumlah hampir 500 buah keluarga.

Selain itu, majoriti daripada keluarga disini merupakan petani yang hanya bergantung hidup dengan hasil tanaman seperti padi, jagung, tebu dan lain-lain. Namun begitu, sumber pendapatan utama mereka adalah daripada tanaman padi. Walau bagaimanapun, keuntungan yang banyak hanya dapat diperolehi sekali setahun sahaja disebabkan oleh sistem pengairan yang lemah dan faktor cuaca di kampung tersebut.

Tajaan-tajaan lain

Selain itu, kami juga akan membuka beberapa kempen tajaan lain untuk anda yang ingin bersama-sama menyumbang/menderma untuk program ini.
.
Antara kempen tajaan lain yang dibuka ialah :

1) Tajaan Jalinan Mahabbah (Projek Khas Pembangunan Sekolah dan Surau)

2) Tajaan Pek Rezeki (Bantuan Khas Barangan Asas)

3) Tajaan Pek Riang Ria (Bantuan Khas Kanak-Kanak)

Maklumat Lanjut :

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini. Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Kami doakan Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.