Menyusuri Sejarah Ibadah Qurban

Sejarah Ibadah Qurban*Sumber gambar : Masjid As Salam Puchong Selangor

Menyusuri Sejarah Ibadah Qurban

Sejarah perlu difahami bagi kita memahami sesuatu hakikat dan meneliti manfaat. Begitulah juga dengan ibadah qurban yang perlu difahami melalui sirah atau sejarahnya supaya dapat dihayati peristiwa disebalik ibadah tersebut.Tanpa memahami sirahnya, penyembelihan yang dilakukan pada hari Raya Eidul Adha akan menjadi umpama penyembelihan-penyembelihan yang biasa, atau mungkin juga menjadi sekadar satu adat yang biasa dilakukan menjelang hari Raya Eidul Adha.

Sebenarnya peristiwa qurban telah wujud dari zaman Nabi Adam AS. Iaitu apabila kedua-dua anaknya Habil dan Qabil diminta untuk melaksanakan qurban. Kita mengetahui bahawa Habil telah diterima qurbannya, manakala Qabil tidak. Namun bagi kita, di dalam pensyari’atan ibadah Qurban yang dilaksanakan sehingga kini, ia bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim merupakan seorang manusia yang telah digelar sebagai “Khalilullah” iaitu kekasih Allah, kerana kecintaan dan ketaatan kepada Tuhanya.

“Iaitu (Tuhan) yang telah menciptakan daku, lalu Dia menunjukkan daku (jalan hidayah). Dan yang telah memberikan daku makan dan minum. Dan yang apabila daku sakit, Dia menyembuhkan (daku). Dan yang akan mematikan daku, kemudiannya Dia menghidupkan (kembali). Dan yang amat ku ingini mengampunkan kesalahanku pada hari pembalasan”
(as-Syu’ara’, 26:78-82)

Nabi Ibrahim AS adalah merupakan seorang insan yang mana di dalam jiwanya penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Bapanya yang kufur kepada Allah tetap dilayan dengan baik, bahkan didoakan keampunan buatnya sehingga datang perintah Allah untuk berhenti berdoa. Sifat ini, apatah lagi kepada anaknya yang dikurniakan Allah pada lewat usianya;

“Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan pada usia tuaku, Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Mendengar (dan memperkenan) doa. Wahai Tuhanku, jadikanlah daku dan zuriat keturunanku dari kalangan orang-orang yang menunaikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah!” (Ibrahim, 14:39-40)

Pada suatu malam, Baginda telah bermimpi menyembelih anaknya kesayangan dan juga seorang anak yang soleh, Ismail. Ia merupakan satu perintah yang cukup menduga hati Baginda. Dalam keadaan demikian pula, Ibrahim AS telah mengkhabarkan kepada anaknya, Ismail, yang baru mencecah usia baligh, untuk bertanyakan pandangannya.

Nabi Ibrahim bertanya bukan untuk mendapatkan keputusan, tetapi untuk menegaskan bahawa perintah Allah itu wajib dilaksanakan. Kisah ini tercatat di dalam firman Allah SWT:

Maka apabila anak itu sampai (pada umur mampu) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab, “Wahai bapaku! Lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar!” (as-Saffat, 37:102)

Perjuangan seorang bapa ini telah mendapat sokongan dari anaknya yang soleh. Bahkan si anak berusaha membantu bapanya di dalam melaksanakan arahan Allah. Segala perkara di dunia ini menjadi kecil apabila datangnya suruhan Allah untuk Baginda AS melaksanakan sesuatu. Lantas suruhan tersebut dipenuhi.

Nabi Ismail AS dibaringkan di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya. Ketika itu hati baginda menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah dan kewajiban seorang rasul. Parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan. Seraya Nabi Ismail berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku.” Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ujian itu adalah untuk mengukur sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:

” Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan .”

Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu.

Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.