Sertai Kami di Muslim Volunteer Malaysia Sebagai Pembantu Akaun Segera

Sertai Kami di Muslim Volunteer Malaysia Sebagai Pembantu Akaun Segera.

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

MVM menawarkan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini, melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Jawatan yang ditawarkan : Pembantu Akaun

Skop Kerja :

  • Mengendalikan asas akaun dengan baik
  • Menyusun dan mengemaskini data akaun
  • Menguruskan pembayaran pengurusan
  • Mendokumentasi utiliti dan bil-bil berkaitan
  • Menguruskan kerja-kerja am akaun

Faedah Yang Ditawarkan  :

  • Peluang bekerja sepenuh masa selepas tamat kontrak
  • Bimbingan latihan dan pembelajaran
  • Elaun makanan disediakan
  • Elaun lain-lain

Tempoh Kontrak : 6 bulan

Lokasi : No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong Selangor

Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Min. Kelayakan : Diploma / Ijazah Sarjana Muda

*Kemasukan adalah segera

Bagaimana untuk memohon ?

Hantar permohonan dan resume anda ke hr@mvm.org.my

Tarikh tutup permohonan : 22 Disember 2017

Jika terpilih, anda akan dihubungi pada 26 Disember 2017 untuk menghadiri sesi interview nanti.

Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia / hubungi pejabat MVM 03-8074 0434 *hari bekerja sahaja

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.