Pendaftaran MVM Volunteering Program Di Zoo Negara Kini Dibuka.
MVM Volunteering Program Di Zoo Negara adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan program-program kebajikan di bawah kelolaan MVM sepanjang tahun selain dapat meluaskan jaringan jalinan bersama pertubuhan-pertubuhan, kelab -kelab dan agensi-agensi lain.
Selain itu, program ini juga bagi meraikan wira yang tidak didendang di Zoo Negara iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan disamping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memulihara kehidupan liar yang kian terancam.
Bukan itu sahaja, selain dapat membersihkan kawasan di Zoo Negara peserta juga dapat beriadah dan melihat kawasan-kawasan menarik di Zoo Negara.
MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program | : | MVM Volunteering Program Di Zoo Negara |
Tarikh | : | 29 Oktober 2016 |
Hari | : | Sabtu |
Masa | : | 0800 am – 13.00 pm |
Tempat | : | Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan |
TENTATIF PROGRAM*
MASA | PERKARA |
7.00 AM | Pendaftaran |
7.40 AM | Majlis Bermula – Bacaan Doa Ucapan oleh Muhammad bin Jantan, Presiden MVM Taklimat Ringkas oleh Puan. Mastura binti Haji Jamil, Penolong Ketua Pegawai Zoo Negara Bahagian Pembelajaran |
8.30 AM | Bergerak Ke Kandang Haiwan |
10.30 AM | Berehat & Makan |
11.110 AM | Melawat Kawasan Haiwan |
12.00 PM | Melawat Kawasan Panda* |
12.30 PM | Pemberian Cenderahati Kepada Zoo Negara Bergambar |
12.40 PM | Bergambar |
1.o0 PM | Bersurai |
*Tertakluk kepada perubahan
PENGLIBATAN VOLUNTEER MVM
Para peserta akan dibahagikan kepada seksyen haiwan secara rawak seperti di bawah :
- Mammal Kingdom
- Karnivor
- Burung
- Rumah Reptilia
- Kompleks Beruang
- Ape Center
- Akuarium
- Children’s World
- Savannah
*Tertakluk kepada perubahan
Volunteer yang ingin menyertai “MVM Volunteering Program Di Zoo Negara” perlulah patuh kepada syarat-syarat berikut:
KOD PAKAIAN
- Pakaian Sukan
- Baju Lengan Panjang
- Kasut Bertutup
- Seluar Panjang
- Rambut Panjang Perlu diikat kemas (perempuan)
- Tidak dibenarkan memakai barangan kemas
* Tempat menyimpan barang / locker tidak disediakan
MAKANAN & MINUMAN
- Membawa bungkusan makanan dari luar Zoo Negara yang tidak mesra alam seperti (Styrofoam).
- Menyentuh, mendekati dan memberi makan kepada haiwan tanpa kebenaran pegawai Zoologi atau supervisor.
- Menjadi tanggungjawab bersama untuk membuang sampah ditempat yang disediakan.
PENDAFTARAN
Program ini hanya dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas.
Jumlah penyertaan : 80 orang
Yuran penyertaan : RM45 (pecahan yuran boleh lihat dibawah)
1) Zoo Negara RM25 (termasuk lawatan ke Giant Panda)
* Bayaran akan disalurkan ke tabung penjagaan & pemuliharaan hidupan liar di Zoo Negara
2) T-shirt Program + Button Badge + Sijil RM15
3) Makanan & Minuman – RM5
Hak Penganjur
- Semua penyertaan hanya akan disahkan selepas volunteer mengikut cara dibawah:1. Mengisi maklumat di borang pendaftaran yang telah disediakan.
- Membuat pembayaran yuran RM45
- Menghantar resit pembayaran di urusetia MVM beserta nama penuh anda.
- Menghantar email pembayaran di email zoonegara.mvm@gmail.com
Pendaftaran sebagai volunteer TIDAK SAH sekiranya gagal mengikuti langkah seperti di atas.
DAFTAR SEBAGAI VOLUNTEER ” MVM Volunteering Program Di Zoo Negara “
- Volunteer hendaklah mendaftar sebagai Volunteer MVM di www.mvm.org.my
- Mengisi borang pendaftaran di bawah.
- Sahkan pendaftaran dengan membuat pembayaran sebanyak RM45 dan hantarkan resit pembayaran serta nama penuh anda ke zoonegara.mvm@gmail.com atau hubungi saudari Lily (014-565 9550) sebelum 1 Oktober 2016.
MAAF PENDAFTARAN TELAH DITUTUP