Pendaftaran Sukarelawan Di Sebalik Pintu 4.0

Di Sebalik Pintu 4.0 – Bahagiamu, Deritaku (Kisah Benar Puan Noor Huda)

Program Di Sebalik Pintu (DSP) ini adalah sebuah program kebajikan anjuran Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang bertujuan untuk mengembalikan semula keceriaan keluarga di samping meringankan beban kepada keluarga susah yang dibantu.

–DSP merupakan sebuah program transformasi khas untuk membantu keluarga asnaf yang mempunyai potensi untuk membawa perubahan pada kehidupan keluarga khususnya melalui perniagaan secara berfasa dengan memfokuskan sebuah keluarga asnaf setiap tahun.

Fasa 1

  • Bantuan Barangan Asas
  • Bantuan Dekorasi Kediaman

Fasa 2 

  • Latihan Perniagaan
  • Latihan Pengurusan Ekonomi

Fasa 3

  • Bantuan Dana Perniagaan
  • Pemantauan Ekonomi

In sha Allah, pada program kali ini, kita akan sama-sama membantu untuk mengembalikan keceriaan keluarga Puan Noor Huda. Seramai 50 orang #VolunteerMVM diperlukan untuk menjayakan program Di Sebalik Pintu 4.0 kali ini.

Maklumat Program:

Tarikh : 29 April 2017 (Sabtu)
Lokasi : Taman Puchong Utama
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang

Para sukarelawan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Skuad Make Over & Skuad Mesra.

Tugasan Skuad Make Over :

  • Mengemas rumah
  • Mengecat
  • Dobi
  • Pertukangan
  • Dekorasi dalaman

Tugasan Skuad Mesra :

Bersama keluarga Puan Noor Huda mengadakan aktiviti riadah dan slot motivasi bersama penceramah jemputan di tempat-tempat menarik sekitar Selangor.

*Semua aktiviti akan diberitahu kemudian

Cara Mendaftar :

Lengkapkan borang pendaftaran dibawah ini dan tekan butang “Submit”

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.