Pendaftaran Volunteer Appreciation Awards 2016 Telah Ditutup !

Pendaftaran Volunteer Appreciation Awards 2016 Telah Ditutup !

Alhamdulillah, pendaftaran MVM Volunteer Appreciation Awards 2016 telah ditutup. Terima kasih kepada semua yang telah daftar.

Kita jumpa pada 30hb Disember 2016 nanti !

volunteer mvm appreciation awards

Volunteer Appreciation Awards 2016

Volunteer Appreciation Award 2016 merupakan majlis makan malam rasmi Muslim Volunteer Malaysia. Ia juga diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-2 penubuhan Muslim Volunteer Malaysia. In sha Allah, Program ini bakal dijadikan program tahunan bagi Muslim Volunteer Malaysia.

Sebelum teruskan bacaan, anda juga digalakkkan untuk membaca artikel : 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai MVM Appreciation Award 2016

Volunteer MVM Appreciation Awards 2016 kali ini bertemakan “Volunteers Shine, A Night of Thank You”

Penganjuran VAA 2016 merupakan satu landasan bagi meraikan sukarelawan-sukarelawan yang telah banyak menyumbang bakti dan bergiat aktif dalam penglibatan bagi program-program di bawah kelolaan MVM. Sukarelawan yang bergiat aktif juga akan diberi penghargaan melalui beberapa kategori anugerah yang telah dicadangkan

Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mengukir kenangan antara sukarelawan serta pihak pengurusan MVM selari dengan kehendak sosialisasi manusia.

MAKLUMAT PROGRAM:

Nama Program :  Volunteer MVM Appreciation Award
Tarikh :  30 Disember 2016
Hari :  Jumaat
Masa :  8.00 pm – 10.30 pm
Tempat :  Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam

TENTATIF PROGRAM :

volunteer mvm appreciation awards 2016

*Tertakluk kepada perubahan

Volunteer MVM Appreciation Awards 2016 ini akan diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Selain itu, pihak MVM juga akan mengumumkan Takwim Program untuk tahun 2017. Dengan itu, para sukarelawan berpeluang untuk mengetahui dengan lebih awal program-program yang bakal dijalankan pada tahun 2017 nanti.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan pada majlis ini adalah seperti berikut:

volunteer mvm appreciation awards 2016

Lebih menarik lagi, MVM juga membuka pencalonan sukarelawan untuk 10 Anugerah berprestij bagi menghargai jasa dan pengorbanan sukarelawan MVM yang setia menyokong kami.

10 Anugerah tersebut adalah seperti berikut:

volunteer mvm appreciation awards 2016

Siapakah yang bakal memenangi anugerah-anugerah ini ?  Pastikan anda hadir pada malam Volunteer MVM Appreciation Awards 2016 ini nanti.

PENDAFTARAN: 

volunteer mvm awards 2016

  1. Buat bayaran ke akaun berikut :➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
    ➳ Maybank 56480 164 7699
    ➳ CIMB Islamik 8602 5378 07
  2. Sahkan pendaftaran anda dengan menghantar BUKTI BAYARAN dan MAKLUMAT berikut :➳ Nama Penuh
    ➳ No. telefon
    ➳ Email
    ➳ Alamat
  3. Hantar maklumat di atas ke email anugerah.mvm@gmail.com sebelum 17 Disember 2016. 
  4. Anda akan mendapat e-mel pengesahan untuk pendaftaran dan dihubungi oleh Pihak MVM dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja selepas pembayaran disahkan.
  5. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudara Izzat (014-504 6146) atau HQ MVM (03-8074 0434 / 013-834 0312)*PERHATIAN : (Jika daftar lebih daripada seorang, sila sertakan MAKLUMAT penuh untuk setiap seorang)

In sha Allah, kita jumpa di Volunteer MVM Appreciation Awards 2016 ini nanti Kami doakan agar ikatan silaturrahim yang terjalin ini diberkati serta dikasihi Illahi.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.