Projek Sukan : Piala Amal Bowling MVM 2017

Projek Sukan : Piala Amal Bowling MVM 2017

Assalamualaikum Volunteers,
InsyaAllah pada 11 Februari 2017 ini MVM akan menganjurkan Piala Amal Bowling MVM 2017.

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut :

Program : Piala Amal Bowling MVM 2017
Tempat : Airport Sports Complex, Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tarikh : 11 Februari 2017 (Sabtu)
Masa : 09:30AM – 02:00PM

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan semangat kesukanan
  2. Memanjangkan ikatan kemesraan bersama sukarelawan.
  3. Melatih sukarelawan untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai kesihatan tubuh badan dengan aktiviti luar yang sihat.
  4. Melahirkan sukarelawan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial.

Maklumat Penyertaan :

Penyertaan terhad kepada 80 peserta sahaja

  • Individu RM50/ 3 set game
  • Kumpulan RM200 / 4 orang

Setiap kumpulan terhad kepada 4 orang sahaja.

Untuk pertandingan ini, akan ada pemenang daripada kumpulan wanita & pemenang daripada kumpulan lelaki dan juga individu dengan markah tertinggi bagi lelaki dan wanita.

Peserta akan menerima:

  • T-shirt Program
  • Lanyard dan Tag
  • Button Badge

Hadiah Pertandingan Piala Amal Bowling MVM :

Tempat 1 – Piala Esklusif MVM, Hamper dan Piala Pusingan*

Tempat 2 – Piala Esklusif MVM dan Hamper

Tempat 3 – Piala Esklusif MVM dan Hamper

Piala juga akan diberikan kepad individu lelaki dan wanita yang berjaya mengumpul markah tertinggi.

*Piala Pusingan adalah hak milik penganjur dan mestilah dipulangkan semula kepada pihak penganjur selepas program selesai.

Info Penting:

  1. Untuk yang mendaftar secara individu, pihak MVM akan masukkan anda dalam kumpulan yang sesuai secara rawak.
  2. Peserta diwajibkan untuk membawa dan memakai stokin sendiri. Pihak pengajur berhak membatalkan penglibatan peserta jika perlu.
  3. Konformasi penglibatan peserta hanya dicatatkan setelah pembayaran dibuat dan peserta memaklumkan kepada wakil kami yang bertugas.
  4. Setelah pembayaran dibuat, tiada pulangan balik. Peserta akan diberi peluang untuk mendapatkan pengganti dalam tempoh masa yang diberikan. Sekiranya tidak Berjaya, bayaran anda akan dimasukkan ke dalam tabung derma kempen MVM.
  5. T-shirt program bersaiz freesize (L) akan diberikan percuma hasil tajaan Anugerah Wellness Sdn Bhd. Untuk wanita, anda boleh membawa inner kerana baju adalah lengan pendek.

Cara untuk sertai :

  1. Buat bayaran ke akaun berikut :
    ➳ Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
    ➳ Maybank 56480 164 7699
    ➳ CIMB Islamik 8602 5378 07
  1. Sahkan pendaftaran anda dengan menghantar BUKTI BAYARAN dan MAKLUMAT berikut :
    ➳ Nama Penuh
    ➳ No. telefon
    ➳ Email
    ➳ Alamat
  2. Hantar maklumat di atas ke email sukan.mvm@gmail.com
  3. Anda akan mendapat e-mel pengesahan untuk pendaftaran dan dihubungi oleh Pihak MVM dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja selepas pembayaran disahkan.
  4. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudara Hasif (013-4510613) atau HQ MVM (03-8074 0434 / 013-834 0312)

    *PERHATIAN : (Jika daftar lebih daripada seorang, sila sertakan MAKLUMAT penuh untuk setiap seorang)

Jom bersukan bersama kami !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.