PELUANG SERTAI KAMI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA
Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
MVM menawarkan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini, melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Jawatan yang ditawarkan : HEAD OF VOLUNTEER & COMMUNITY
Tempoh Kontrak : 6 bulan
Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah ioi Mall Puchong)
Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat)
Tugasan Utama :
- Menguruskan keseluruhan pelaksanaan pendaftaran Volunteer di Muslim Volunteer Malaysia
- Membuat perancangan rapi berkaitan pendaftaran Volunteer di Muslim Volunteer Malaysia.
- Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat anak muda untuk mendaftar sebagai Volunteer.
Kelayakan yang diperlukan :
- Mempunyai kemahiran mengunakan perisian Microsoft Office dan lain-lain berkaitan.
- Mempunyai minat dalam bidang kesukarelawanan.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan orang luar tanpa mengira bangsa, budaya serta agama.
Faedah :
- Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
- Sijil program dan sijil penghargaan.
- Berpeluang untuk menjadi pekerja sepenuh masa setelah tamat kontrak.
- Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
Bagaimana untuk memohon ?
Sila lengkapkan borang permohonan dengan klik “Apply Now” dibawah.
Kemudian sila emailkan ke salam@mvm.org.my sebelum 21 November 2016
Jika terpilih, anda akan dihubungi pada 22 November 2016 untuk menghadiri sesi interview nanti.
Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia
*download borang yang disediakan menggunakan desktop