Pendaftaran Sebagai Volunteer Projek Dodol MVM

 

Projek Dodol MVM

Program #RamadhanBersamaMVM 2016 

Bersempena dengan tema #RamadhanBersamaMVM, Program Kacau & Edar dodol ini akan dijalankan bersama dengan Volunteer MVM dan juga penduduk sekitar Padang Jawa bertempat di Masjid As-Solihin Shah Alam.

Projek Dodol MVM ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan program-program kebajikan di bawah kelolaan MVM sepanjang tahun selain dapat meluaskan jaringan jalinan bersama persatuan, kelab dan agensi-agensi lain.

Sebanyak 600 sasaran dodol akan diedarkan di Masjid & Surau sekitar Shah Alam.

1 tajaan dodol/pendaftaran volunteer = RM15

Anda ingin menaja ?

Boleh ketahui lebih lanjut di :
https://mvm.org.my/projekdodolmvm

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Kacau & Edar Dodol
  • Tarikh: 18-19 Jun 2016
  • Hari: Sabtu-Ahad
  • Masa: 0900 mlm – 0730 pagi
  • Tempat: Masjid As-Solihin, Padang Jawa
  • Penganjur: Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  • Kerjasama: AJK Masjid As-Solihin

TENTATIF PROGRAM

18 Jun 2016 – 19 Jun 2016

Tarikh MASA  PERKARA
18/6  9.00 PM        PERSIAPAN / TERAWIH
18/6  9.30 PM        BANCUHAN BAHAN DODOL / TERAWIH
18/6  10.00 PM        MAJLIS PEMBUKAAN
18/6  10.30 PM        MULA MENGACAU DODOL
19/6  3.30 AM        PEMBUNGKUSAN DODOL
19/6  4.00 AM        QIAMULLAIL
19/6  4.40 AM        JAMUAN SAHUR
19/6  5.50 AM        SUBUH
19/6 6.30 AM       MENGEMAS PERKAKAS
19/6 7.00 AM       PEMBERIAN PENGHARGAAN
19/6 7.30 AM       BERSURAI

PENGLIBATAN VOLUNTEER MVM

  1. MVM tidak menyediakan pengangkutan.
  2. Volunteer akan diberikan jadual bertugas semasa hari kejadian.
  3. Volunteer akan menerima tshirt program, jamuan ringan dan sahur.
  4. Volunteer disarankan untuk membawa barang-barang kelengkapan beribadah dan beriktikaf di Masjid.

 

DAFTAR SEBAGAI VOLUNTEER “PROJEK DODOL MVM” BERSAMA MVM SEKARANG !

  1. Volunteer hendaklah mendaftar sebagai Volunteer MVM di www.mvm.org.my
  2. Mengisi borang pendaftaran di bawah.
  3. Sahkan pendaftaran dengan membuat pembayaran sebanyak RM15 dan hantarkan resit pembayaran serta nama penuh anda ke
    tabungramadhan.mvm@gmail.com atau hubungi saudari Faeza (013-3469851) sebelum 13 Jun 2016.

    Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

    Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
    CIMB Islamik (8602 5378 07)

  • Hanya 100 Volunteer yang membuat pembayaran terawal akan disenaraikan sebagai Volunteer Projek Dodol MVM.

#RamadhanBersamaMVM

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.