Asnaf Bersemangat Untuk Berniaga Selepas Pure Heart 7.0

Asnaf Bersemangat Untuk Berniaga Selepas Pure Heart 7.0

Tarikh : 25 & 26 Ogos 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Penaja Logistik : TheLorry.com
Penceramah Jemputan : Puan Wan Mazlah
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Pada 25 & 26 Ogos 2017, Jumaat & Sabtu yang minggu lepas, team MVM telah berjaya menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 7.0 2017 di SK Puchong Utama 1. Seramai 200 keluarga asnaf telah menerima manfaat bantuan asas daripada program ini.

Tepat jam 8.00 pagi, pendaftaran telah dibuka dan majlis bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pihak sekolah dan wakil MVM. Walaupun keadaan cuaca yang tidak begitu baik iaitu hujan sejak dari pagi, namun Alhamdulillah program berjalan dengan lancar sekali.

 

Selain menerima bantuan asas, Asnaf yang datang juga berpeluang untuk menimba ilmu perniagaan dari penceramah jemputan iaitu Puan Wan. Rata-rata asnaf yang hadir berpuas hati dengan sesi ceramah yang mengajar bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan bajet yang rendah. Ini kerana kepakaran Puan Wan adalah menghasilkan nasi lemak bajet yang berharga RM2.10. Perkongsian bermanfaat daripada Puan Wan telah memberi inspirasi dan serba sedikit menaikkan motivasi  asnaf untuk mula berniaga secara kecil-kecilan.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya Program Pure 7.0 2017 berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada pihak rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan dan kata-kata semangat untuk MVM melaksanakan program ini.

Tidak dilupa juga kerjasama yang amat baik dari pihak pentadbiran Sk Puchong Utama 1 dan juga komitmen hebat yang ditunjukkan oleh sukarelawan-sukarelawan MVM selama 2 hari program berlangsung.

Sekiranya anda berminat untuk menaja keluarga Asnaf untuk program Pure Heart akan datang dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Pure Heart 7.0 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.