Iftar MVM Bersama Anak-anak Yatim

iftar

Alhamdulillah, pada 10 Jun 2016 yang lepas bersamaan 6 Ramadhan 1437 hijrah, program “Iftar MVM Bersama Anak-anak yatim telah berlangsung dengan jayanya.

Program Iftar bersama anak yatim dibawakan khas oleh MVM dengan kerjasama
Astro Gempak sebagai rakan media rasmi adalah untuk meraikan anak-anak yatim;
bergembira untuk berbuka puasa bersama selebriti dan kenalan yang baru.

Program : #RamadhanbersamaMVM : Iftar MVM bersama Anak-Anak Yatim.
Tarikh : 10 Jun 2016
Tempat : Al-Rawsha Restaurant ,Shah Alam
Rakan Media Rasmi : Astro Gempak
Tajaan Cenderahati : YeosMalaysia , Al-Meswak Mu’Min & Astro Shaw
Penaja Backdrop : Rhythm Production Sdn Bhd
Yang Diraikan : Asrama Haluan Penyayang & Pertubuhan Kebajikan Anak Yakin/Anak Miskin Klang (Peyakin)

Sesuai dengan tema Ramadhan MVM tahun ini iaitu #RamadhanBersamaMVM, MVM ingin meraikan insan-insan yang yang teristimewa ini didalam menjalani ibadah berpuasa bersama-sama.

Program iftar ini yang juga dikenali sebagai Social Media: The Gathering 2.0
(SMTG2.0) membawakan Tema, “Menceriakan Hatimu”. Tema ini dipilih bersesuaian
dengan bulan Ramadhan yang mendidik kita untuk berlumba-lumba mengejar
kebaikan dan melakukan kerja amal sebanyaknya.

Selain itu, tema ini juga untuk melahirkan rasa ceria dan bersyukur didalam setiap insan yang menyertai majlis iftar ini, lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang diraikan daripada Peyakin & Haluan Penyayang.

MVM telah menyambut kehadiran anak-anak yang diraikan seawal jam 6.00 ptg di perkarangan restoran Al-Rawsha. Majlis dimulakan dengan bacaan doa & seterusnya disusuli dengan ucapan daripada Presiden MVM, saudara Muhammad Bin Jantan.

Menurut beliau “Program Iftar Ramadhan merupakan program pertama MVM didalam bulan yang mulia ini, serta kerja amal dan kebajikan tidak tertumpu kepada anak-anak yatim sahaja , plebagai aktiviti telah dirancang oleh MVM sepanjang bulan ini”.

“Antara program-program yang akan dijalankan ialah Projek Dodol MVM, Kem Ramadhan Yeos bersama MVM & PureHeart Edisi Ramadhan” tambahannya lagi.

Turut hadir dan memberi ucapan, Pn Nor Azlina Zakaria, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro,(Astro Gempak), berkata ” Astro Gempak bukan sekadar portal yang menyalurkan berita hiburan tempatan semata-mata, tetapi turut mencari peluang untuk mengadakan kerja amal yang boleh memberi manfaat kepada mereka diluar sana.”

Para hadirin turut ditaja dengan cenderahati daripada pihak Mu’Min & Astro Shaw. Selain menikmati hidangan timur tengah restoran tersebut, air minuman Yeo’s turut menjadi hidangan berbuka puasa kepada mereka yang hadir.

Selain itu, turut menyampaikan persembahan ialah artis jemputan iaitu Awi Rafael & Ewal AF. Masing-masing mencuit hati anak-anak yang diraikan dengan persembahan yang mengasyikkan. Turut hadir bersama, Payslip Band.

Majlis iftar  selesai selepas upacara mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Semoga segala usaha dan penglibatan insan-insan yang secara langsung atau tidak langsung diberkati dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

Berikut merupakan Galeri Foto sepanjang program dijalankan :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.