Pure Heart Mac 2017

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 5 April 2017

Bantuan Keluarga Asnaf “Pure Heart MVM” Mac 2017.

Tarikh : 31 Mac & 1 April 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Penceramah Jemputan : Imam Muda Faris
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Pure Heart MVM adalah program selama 10 bulan bertujuan untuk memberi bantuan barangan asas & keperluan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah RM1,500. Selain itu, MVM turut memberi Bantuan perniagaan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Istimewa pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih.

Syukur kepada Illahi, pada 31 Mac & 1 April yang lalu, MVM telah berjaya menganjurkan program kali ke-2 Pure Heart MVM bagi tahun 2017 di SK Puchong Utama 1. MVM amat bertuah kerana menerima tajaan kotak dan T-shirt daripada Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties untuk program ini sepanjang tahun 2017.

Hampir 30 Volunteer MVM telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan pembungkusan barangan bantuan pada hari Jumaat malam (31 Mac 2017) di ruang terbuka SK Puchong Utama 1. Proses persediaan telah berjalan dengan lancar sekali. Segala barangan keperluan juga telah tiba lebih awal bagi memudahkan proses pembungkusan pada malam ini. Tahniah kepada semua sukarelawan !

Keesokannya, penerima bantuan dan keluarga mula hadir seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Pada kali ini, MVM telah menjemput Imam Muda Faris sebagai penceramah jemputan bagi mengisi slot kerohanian pada sebelah pagi. Slot kerohanian ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Syukur slot kerohanian ini mendapat sambutan yang baik daripada keluarga penerima bantuan.

Selepas slot kerohanian selesai, kesemua keluarga penerima bantuan bersama VIP jemputan dan guru-guru berkumpul untuk sesi bergambar. Seterusnya, sesi temuramah dan kaji selidik dan sesi pengagihan barangan bantuan dijalankan. Setiap penerima bantuan diberikan nombor giliran masing-masing untuk mengambil barangan bantuan.

Syukur kepada Allah, program ke-2 Pure Heart MVM 2017 ini berjalan dengan lancar sekali. In sha Allah, program ini akan diteruskan sepanjang tahun 2017 di SK Puchong Utama 1 dengan pelbagai pengisian dan bantuan yang baru.

Doakan kami ya !

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart Mac 2017” :