Volunteer Appreciation Awards 2016 Penuh Dengan Kejutan.

Volunteer Appreciation Awards 2016

Program : Volunteer Appreciation Awards 2016
Tarikh : 30 Disember 2016
Tempat :Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam
Jurugambar Rasmi : NFAH Photography & The Frame Pictures

Tanggal 30 Disember 2016 menjadi satu titik bersejarah bagi pertubuhan Muslim Volunteer Malaysia dimana buat pertama kalinya, kami menganjurkan majlis berprestij, Volunteer Appreciation Awards 2016. Majlis makan malam ini adalah bertujuan untuk menghargai semua sukarelawan MVM yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program yang dianjurkan oleh MVM. Selain itu, ia juga diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-2 penubuhan Muslim Volunteer Malaysia.

Alhamdulillah, seramai 200 sukarelawan MVM telah menghadiri dan memeriahkan majlis ini. Apa yang lebih menarik pada majlis ini, pihak MVM juga telah membuka kutipan sumbangan untuk Misi Kemanusiaan Syria, Jejak Mahabbah 2.0 dan juga Infaq MVM bagi membina kelas latihan dan kemahiran serta surau MVM.

Majlis ini bermula seawal jam 8.00 malam dan tamat pada jam 11.00 malam. Apa yang lebih istimewa pada malam tersebut adalah sukarelawan yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada selebriti yang cukup terkenal tanah air seperti Lah Ahmad, Azwan Far East, Natalia Mentor dan lain-lain. Selain itu, pelbagai kejutan, Instagram contest dan cabutan bertuah juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Objektif utama Volunteer Appreciation Awards 2016 telah tercapai dengan adanya penganugerahan kepada calon-calon sukarelawan yang telah terpilih melalui undian orang ramai dan juga dinilai oleh pihak MVM sendiri. Sebanyak 6 kategori yang telah dibuka untuk undian dan 2 kategori utama yang dipilih sendiri oleh pihak MVM.

Berikut adalah 8 kategori anugerah dan pemenangnya :

Muslim Volunteer Award (Male) – Mohd Noor Afiq Bin Nur Hazery 

Muslim Volunteer Award (Female) – An Najwa Binti Buang 

Outstanding Volunteer Award (Male) – Nik Hambali bin Nik Ismail Azlan 

Outstanding Volunteer Award (Female) – Fatin binti Ismon

Inspiration Award – Qomariah binti Osman Ali

Behind the Scenes Award –  Muhammad Noor Azizi Bin Mohd Kamizi

Long Standing Commitment Award – Abdul Rahman Bin Rusli

Prospect Volunteer Award –  Che Siti Khadiejah Binti Chi At

Pada malam tersebut juga, Presiden MVM telah membentangkan Takwim MVM 2017 iaitu senarai program yang bakal dijalankan sepanjang 2017. Ia membantu dan memudahkan para sukarelawan untuk bersedia dan membuat perancangan awal bagi menyertai program-program yang bakal diadakan nanti.

Seterusnya, pihak MVM juga telah memperkenalkan sistem pendaftaran MVM yang baru bagi tahun 2017. MVM telah memperkenalkan 3 kategori pendaftaran MVM iaitu pendaftaran selama 1 tahun, 2 tahun atau seumur hidup. Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran sukarelawan MVM 2017, boleh klik link dibawah,

–> https://mvm.org.my/pendaftaran-volunteermvm-2017-kini-dibuka/3544

Akhir kata, syukur ke hadrat Illahi atas nikmat kejayaan yang telah diberikanNya melalui program-program bantuan yang telah diadakan oleh MVM. Kami dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja, orang ramai yang telah banyak memberi sumbangan dan sukarelawan yang banyak menyokong kami bagi menjayakan aktiviti-aktiviti MVM sepanjang 2 tahun ini. MVM telah menutup tirai 2016 dengan jayanya dan in sha Allah, ia menjadi penyuntik semangat kami untuk berusaha lebih kuat pada tahun 2017 ini.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.