
Khairul Naim Bin Mansor
Khairul Naim bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Kumpulan Media Karangkraf merangkap Editor Kanan Bahagian Penerbitan Al-Quran Karya Bestari sejak 2013. Beliau mula terlibat dalam bidang kesukarelawanan dan dakwah sejak 2013 dan merupakan antara pengasas bersama Muslim Volunteer Malaysia. Khairul Naim kini bertanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MVM dan menasihati organisasi dari aspek syariah dan kerja dakwah.

Mohd Fadli Bin Mohd Noor
Mohd Fadli merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat minyak dan gas, Technique Sendirian Berhad dan AIG Holdings Sendirian Berhad sejak 2015. Pada 2017 sehingga 2020, beliau dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah Surau Al-Muttaqeen di Bandar Nusaputra, Puchong.
Beliau mula bergiat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan kerja kemanusiaan sejak 2005, termasuk menyertai misi kemanusiaan di Beirut dan Arsal, Lubnan. Pada 2021, beliau mengetuai sukarelawan Misi Banjir Semenanjung Malaysia di Mukim Dong, Pahang. Kini beliau bertanggungjawab sebagai Ahli Pemegang Amanah membantu MVM dalam portfolio hubungan korporat.

Mohamad Fikri Ramelan
Mohamad Fikri adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan dalam bidang percetakan selama enam tahun sejak 2014. Beliau merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Top Seroja Timur Sdn Bhd. Beliau kini memegang jawatan Setiausaha Ahli Lembaga Pemegang Amanah MVM (menyertai organisasi sejak penubuhan MVM pada 2016) dan turut bertanggungjawab membantu MVM dalam bidang ekonomi, termasuk memantau operasi MVM Republic yang bertujuan mempelbagaikan sumber dana operasi pertubuhan.

Mohd Fauzan Abdul Sukor
Mohd Fauzan merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan pembinaan kapal yang pernah bekerja dalam bidang itu selama lebih tujuh tahun. Beliau juga mempunyai lebih tiga tahun pengalaman dalam pengurusan sekolah rendah swasta dan masih menjadi sebahagian Ahli Lembaga Pengurusan di sekolah tersebut.
Beliau juga antara pengasas bersama Muslim Volunteer Malaysia dan mula aktif dalam bidang kemanusiaan sejak 2012. Beliau pernah mengikuti misi bantuan kemanusiaan di Syria, Lubnan dan Turki. Mohd Fauzan kini mengetuai operasi dan pengurusan MVM selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Nur Atiahanis Ahmad
Nur Atiahanis merupakan seorang juruteknik pemasangan elektronik di sebuah syarikat alat pendengaran yang membekalkan implan ke seluruh dunia dan juga pengasas Opah Design Studio dalam bidang seni ukiran laser sejak 2017.
Beliau mula terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan pada 2013 bersama Harian Islam, USTAF dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah naungan Kumpulan Media Karangkraf dalam kerja-kerja kemanusiaan dan sukarelawan. Antaranya, program Charity Dakwah, Rumah Ngaji dan Wakaf Al-Quran. Beliau terbabit dengan MVM sejak 2016 dan kini sebagai Bendahari Ahli Lembaga Pemegang Amanah MVM yang juga bertanggungjawab dalam aspek kewangan dan undang-undang.

Syed Azwan Syed Ali
Syed Azwan adalah seorang wartawan dan aktivis kemanusiaan dengan pengkhususan dalam liputan di zon konflik dan bencana. Beliau mempunyai lebih 16 tahun pengalaman dalam media/kewartawanan dan aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan bermula dengan misi ke Gaza, Palestin pada 2008.
Beliau pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Palestin, Yaman, Somalia, Syria, Lubnan, Mesir, Turki, Greek, Perancis, UK, Itali, Bulgaria, Myanmar, Bangladesh, Filipina dan Indonesia, kini bertanggungjawab sebagai ahli pemegang amanah dan membantu MVM mengikut kepakarannya dalam bidang komunikasi dan media.

Mohd Khairul Zhafran Bin Abdul Wahid
Khairul Zhafran adalah seorang pengusaha perniagaan dalam bidang pemasaran digital sejak tahun 2012. Beliau merupakan pengasas Diginomad Ventures yang memiliki platform/hub digital, Lubook.my.
Bermula sebagai aktivis kemanusiaan sejak 2014 dengan menjadi sebahagian individu terawal bersama MVM, dan juga menubuhkan Volunteer Trip Malaysia (sebuah pertubuhan berasaskan kembara dan kesukarelawanan). Kini berada dalam Lembaga Pemegang Amanah MVM sebagai Exco Hal Ehwal Media & Pemasaran Digital untuk membantu MVM terus berkembang seiring dengan perubahan teknologi semasa.