Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 30 Disember 2014. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Muhammad Bin Jantan ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak pertengahan 2014 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2016.
Sehingga kini, MVM mempunyai 19 orang kakitangan yang bertugas sepenuh masa untuk memastikan kelancaran pengurusan projek dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama MVM adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda. Terdapat 5 segmentasi projek iaitu MVM Hope, MVM Touch, MVM Relief, MVM Unity dan MVM Reach.
Harapan MVM adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawanan dan kebajikan dalam dan luar negara.