Eksklusif : MVM Apprentice 2017 Kini Kembali Lagi

Eksklusif : MVM Apprentice 2017 Kini Kembali Lagi

Setelah setahun 3 bulan berlalu, kini MVM Apprentice 2017 kembali lagi dengan lebih eksklusif, dan lebih banyak perkongsian ilmu-ilmu perniagaan yang terbaru.

Program ini dilaksanakan dalam kalangan graduan agar dapat diterapkan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari dan kebolehan mengenalpasti dan membuka peluang. (opportunity identification and creation)

Apprentice yang dipilih adalah daripada kalangan graduan universiti yang masih menganggur.

MVM Apprentice dibawakan khas oleh MVM untuk membantu golongan graduan daripada kalangan keluarga asnaf mencapai impian mereka menjadi seorang usahawan muda. Ia merupakan satu program amal keusahawanan dengan kerjasama pengeluar jenama wangian De’Xandra bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Maklumat Preview MVM Apprentice 2017

Dalam sesi Preview MVM Apprentice 2017 ini, anda akan didedahkan dan diberi informasi tentang program ini secara menyeluruh. Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan mentor-mentor perniagaan.

Tarikh : 14 Ogos 2017
Hari : Isnin
Lokasi : Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Masa : 8.00 am – 12.00 pm
Peserta : Terhad 100 orang

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 14 Ogos ini” beserta nama penuh anda ke no 

019–797 1741 – Hana / Atau klik http://mvmapprentice.wasap.my

Apa Itu MVM Apprentice 2017 ?

Objektif MVM Apprentice :

Pengisian Program MVM Apprentice 2017 :

1) Preview MVM Apprentice (14 Ogos 2017)
2) Team Building (12-14 September 2017)
3) Slot Penaja & Zero Marketing, Copywriting & Close Sale (19-20 September 2017)
4) Pemasaran & Praktikal FB Ads & Instagram (21 September 2017)
5) Projek Amal : Bantuan Asnaf Pure Heart 8.0 (22 -23 September 2017)
6) Pemasaran Offline – Vendor Festival (28 September – 8 Oktober 2017)
7) Improvement Practical, Hari Graduasi dan Penganugerahan (10 Oktober 2017)

Mekanisma Latihan MVM Apprentice 2017 :

  • Pengenalan
  • Pendedahan Bisnes
  • Pemasaran Online : Copywriting & Close sale
  • Pemasaran Online : FB Ads & Praktikal
  • Pemasaran Offline
  • Monitor Sales & Praktikal
  • Kesimpulan

Kriteria Pemohon :

Tema MVM Apprentice 2017 – ” Menginspirasikan Usahawan Muda “

  • Tema ini dipilih untuk menaikkan semangat anak muda dalam menceburi bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan merupakan salah satu tonggak utama dalam pembangunan ekonomi Malaysia. Selain itu, graduan dapat mempelajari ilmu keusahawanan dengan lebih mendalam dan memberi keyakinan kepada mereka.

Apakah Manfaat Sertai MVM Apprentice 2017 ?

  • Graduan yang berjaya ini berpeluang untuk mengeluarkan jenama wangian mereka sendiri melalui bantuan dana dari Oshien2u Sdn. Bhd. (De’Xandra)
  • Graduan yang berjaya berpeluang untuk dipantau oleh pihak Oshien2u Sdn.Bhd. (De’Xandra) selama 6 bulan atau lebih secara mentor-mentee.
  • Graduan yang berjaya juga akan mendapat tunjuk ajar dan dipantau sendiri oleh Puan Ernayanee, pengasas De’Xandra.

Bagaimana Untuk Sertai MVM Apprentice 2017 ?

Jika anda memenuhi kriteria di atas dan ingin sertai MVM Apprentice 2017, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah menghadiri sesi Preview MVM Apprentice 2017.

WhatsApp nama penuh anda ke 019-797 1741 / Atau klik http://mvmapprentice.wasap.my

Panel MVM Apprentice 2017

Puan Ernayanee Nur binti Julaimi

Puan Ernayanee Nur binti Julaimi merupakan pengasas kepada jenama wangian, De’Xandra. Berusia 30 tahun dan sudah berkahwin serta memiliki 4 orang cahaya mata. Mula berniaga pada usia 23 tahun iaitu di akhir tahun universiti sehingga kini ia menjadi kerjaya utama beliau. Pengalaman bekerja sebagai penyanyi di majlis perkahwinan, cleaner, pemandu bas kilang dan Personal Assistant menjadi kekuatan beliau untuk terus membina legasi perniagaan dan terus mencapai kejayaan kini.

Beliau menubuhkan jenama wangian De’Xandra pada bulan March 2015 setelah 5 tahun beliau berniaga wangian daripada pelbagai jenama. De’Xandra adalah jenama wangian yang diinspirasikan daripada jenama-jenama wangian antarabangsa. Sehingga kini, jualan wangian De’Xandra pernah mencecah 400,000 botol dalam masa hanya sebulan. Kini, ia telah mempunyai ejen dan stokis di seluruh Malaysia dan berkembangan ke Brunei, Singapura dan Indonesia.

Ya Muhammad

Ya Muhammad merupakan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia. Pada usia muda beliau telah berkecimpung dalam bidang pemasaran Internet. Terlibat dalam pemasaran internet menjadikan beliau tempat rujukan usahawan muda lain serta selebriti untuk meningkatkan pengaruh dan jualan di Internet.

SOALAN LAZIM ?

1. Apa itu MVM Apprentice?

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama De’Xandra bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan yang berjaya pada usia muda.

2. Bagaimana MVM membantu graduan?

MVM membantu graduan dalam menyediakan platform menimba ilmu untuk menjadi usahawan kosmetik. Graduan yang terpilih melalui program ini akan diberikan latihan keusahawanan secara pratikal daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya.

3. Siapakah penaja utama MVM Apprentice?

Penaja utama bagi program MVM Apprentice adalah syarikat Oshien2u Sdn.Bhd. (De’Xandra)

4. Adakah saya dikenakan bayaran?

Preview MVM Apprentice pada 14 Ogos 2017 ini ada yuran kehadiran RM15 sorang.

Bayaran untuk yuran penyertaan hanya dikenakan sekiranya anda berminat dan layak untuk menyertai program MVM Apprentice.

5. Adakah saya graduan yang layak menyertai MVM Apprentice?

Anda graduan yang layak untuk menyertai MVM Apprentice sekiranya anda menepati kriteria pemohon yang ditetapkan. *rujuk gambar

6. Umur saya lebih dari 28 tahun, adakah saya layak untuk sertai?

Tidak. Syarat yang ditetapkan adalah graduan berumur 21 hingga 28 tahun.

Jadual Pengajian MVM Apprentice

Fasa Pertama, daripada 100 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 14 Ogos 2017, hanya 24 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON MVM APPRENTICE?

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 14 Ogos ini” beserta nama penuh anda ke nombor berikut :

(019–797 1741)  – Hana / Atau klik http://mvmapprentice.wasap.my

Tarikh tutup pendaftaran : 12 Ogos 2017
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434

 Kenangan MVM Apprentice 2016 :

Jumpa anda disana ya !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.