F.A.Q & Info Terkini Pendaftaran Sukarelawan MVM

 

F.A.Q & Info Terkini Pendaftaran Sukarelawan MVM (#VolunteerMVM) 

 

  • Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM?

Anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my/sukarelawan

 

  • Adakah terdapat had umur untuk menjadi #VolunteerMVM

Tiada had umur yang dikenakan. Sesiapa sahaja boleh menyertai sebagai sukarelawan. 

 

  • Apakah faedah yang diperoleh jika mendaftar sebagai #VolunteerMVM?

Pihak MVM tidak menjanjikan sebarang faedah berupa fizikal kepada para volunteer selain sijil penyertaan program. Namun, latihan akan diberikan kepada volunteer yang berdaftar dengan MVM.

 

  • Adakah kami perlu membayar yuran untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM?

Bermula Januari 2017, pihak MVM akan mengenakan sedikit yuran bagi volunteer yang ingin menyertai aktiviti- aktiviti kesukarelawanan. Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM50 untuk satu tahun, dan RM100 untuk seumur hidup.

Untuk makluman, manfaat yuran pendaftaran ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

  1. Sumbangan aktiviti.
  2. Akses Penuh Program MVM
  3. Cenderamata Eksklusif MVM
  4. Latihan Kesukarelawanan. (Pakej Seumur Hidup Sahaja)
  5. Kad Ahli #VolunteerMVM (Pakej Seumur Hidup Sahaja)

 

  • Jika saya ingin mendaftar #VolunteerMVM, bagaimanakah cara untuk membayar secara online banking (CIMBCLICKS/MAYBANK2U/DLL) ?

Untuk membayar secara online banking, anda boleh memilih pilihan BILLPLZ semasa mendaftar sebagai #VolunteerMVM di link ini www.mvm.org.my/sukarelawan

 

  • Saya tiada online banking, tetapi mahu mendaftar sebagai #VolunteerMVM, bagaimana ya?

Anda boleh membuat bayaran secara deposit tunai di bank berdekatan dengan anda. Selepas melakukan bayaran, sila simpan bukti pembayaran tersebut. Klik link www.mvm.org.my/sukarelawan untuk mendaftar, kemudian pilih pilihan bayaran BANK TRANSFER, dan muat naik (upload) gambar bukti pembayaran tersebut. Anda juga boleh hantar gambar bukti pembayaran tersebut  melalui (Whats’app) ke nombor 013 8343 012.

 

  • Apakah nombor akaun bank Muslim Volunteer Malaysia untuk saya deposit tunaikan?
  1. MAYBANK : 5648-0164-7699
  2. CIMB BANK : 8602 5378 07
  3. BANK ISLAM : 1230 0010 0030 65
  4. Atas nama “Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia”

 

  • Jika kami sudah membayar yuran keahlian sebagai #VolunteerMVM, adakah kami perlu membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program-program MVM yang lain?

Bagi ahli yang sudah membayar yuran keahlian, tiada bayaran pendaftaran lain akan dikenakan untuk menyertai program-program MVM sepanjang tempoh keahlian anda. Anda akan diberikan “akses” penuh untuk menyertai semua program dibawah MVM sepanjang tempoh keahlian anda. Namun begitu, jika terdapat program yang akan memerlukan bayaran, pihak MVM akan memaklumkan awal kepada semua #VolunteerMVM.

 

  • Apakah peranan kami sebagai #VolunteerMVM?

Peranan volunteer adalah meliputi pelbagai aktiviti dan khidmat sukarela seperti dalam bidang-bidang kebajikan, pemulihan, pembangunan, pendidikan, keselamatan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekeliling. Selain itu, sebagai volunteer, kita sebenarnya membawa semangat kepada para asnaf untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

 

  • Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai sebagai #VolunteerMVM?

Tiada kelayakan khusus atau syarat yang diperlukan untuk menyertai MVM sebagai #VolunteerMVM. Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak mengira faktor umur, bangsa, dan agama.

 

  • Adakah pihak MVM boleh mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya kami perlu menyertai program MVM yang dijalankan pada hari bekerja?

Pihak MVM tidak dapat mengeluarkan surat pengecualian kelas/kerja sekiranya anda perlu menyertai program MVM yang dijalankan pada hari bekerja. Harap maklum.

 

  • Adakah pihak MVM ada menyediakan pengangkutan ke tempat program?

Pihak MVM tidak ada menyediakan pengangkutan ke tempat program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu awal kepada volunteer. Harap maklum.

 

  • Adakah pihak MVM ada menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat #VolunteerMVM yang memerlukan bagi sesuatu program?

Pihak MVM tidak menyediakan tempat tinggal sekiranya terdapat volunteer yang memerlukan bagi sesuatu program melainkan program-program tertentu yang akan diberitahu.

 

  • Adakah pihak MVM boleh mengembalikan yuran keahlian atau yuran pendaftaran jika terdapat #VolunteerMVM yang menarik diri dari sesuatu program?

Pihak MVM tidak akan mengembalikan yuran keahlian jika terdapat volunteer yang menarik diri dari sesuatu program. Namun begitu, terdapat pelbagai program lain yang volunteer boleh sertai sepanjang tempoh keahlian anda.

 

  • Adakah #VolunteerMVM dibenarkan untuk menggunakan nama MVM bagi menjalankan sesuatu program/projek yang lain?

Volunteer adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan nama MVM bagi menjalankan sesuatu program/projek lain melainkan dengan persetujuan pihak MVM.

 

  • Adakah #VolunteerMVM boleh menggunakan rakaman gambar/video atau poster milik MVM untuk kegunaan peribadi?

Volunteer dibenarkan menggunakan rakaman gambar/video atau poster milik MVM untuk kegunaan peribadi dan bukan bertujuan komersial.

 

  • Adakah #VolunteerMVM akan terlibat sebagai AJK bagi sesuatu program atau hanya sebagai sukarelawan sahaja?

Penglibatan volunteer untuk melibatkan diri sebagai AJK adalah bergantung kepada jenis serta gerak kerja sesebuah program/projek kelolaan mvm.

 

  • Siapakah yang boleh saya hubungi jika terdapat sebarang masalah sepanjang saya menjadi #VolunteerMVM?

Jika terdapat sebarang pertanyaan/soalan mengenai pendaftaran #VolunteerMVM, anda boleh menghubungi wakil MVM -013 8343012, atau emelkan kepada volunteer@mvm.org.my .

 

  • Adakah saya perlu menghadiri semua program anjuran MVM sekiranya saya mendaftar sebagai #VolunteerMVM?

Anda akan dijemput untuk menyertai semua program-program MVM yang dianjurkan setelah mendaftar dan membayar yuran keahlian. Walaupun begitu, segala penyertaan program adalah bukan paksaan dan bergantung kesesuaian masa lapang anda dengan waktu program tersebut diadakan.

 

  • Jika saya belum mendaftar, bolehkah saya terlibat dalam program-program MVM?

Ya. Namun, hanya peserta awam yang terawal mendaftar sahaja akan terpilih. Kepada #VolunteerMVM yang rasmi, anda mempunyai akses penuh untuk join mana-mana program. Untuk pendaftaran #volunteerMVM, anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my dan klik ‘Daftar Volunteer MVM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.

 

  • Saya student, boleh ke saya join?

Ya. Anda boleh mendaftar sebagai volunteer MVM kerana tiada syarat khusus atau kelayakan yang diperlukan. Anda boleh terus layari laman web rasmi MVM; www.mvm.org.my dan klik ‘Daftar Volunteer MVM’ di sebelah kanan atas paparan utama web tersebut.

 

  • Boleh ke saya hantar satu kumpulan dari kelas/ kelab Universiti ke program MVM atau kerjasama program atas tujuan Corporate Social Responsibility (CSR) ?

Ya. Anda boleh hantar kertas kerja / surat permohonan menjadi sukarelawan bagi program MVM ke emel salam@mvm.org.my atau volunteer@mvm.org.my. Kuantiti yang dibenarkan hanya 10 dan ke bawah sahaja untuk setiap program.

 

  • Kami kekurangan/ memerlukan sukarelawan untuk menjayakan program. Jadi bolehkah pihak MVM memberi hebahan/ bekalkan sukarelawan untuk hadir ke program kami?

Ya. Anda boleh hantar kertas kerja dua minggu atau sebulan sebelum ke emel volunteer@mvm.org.my . Akan tetapi kami tidak menjanjikan kuantiti yang diperlukan cukup. Sebarang permohonan saat-saat terakhir amat kami elakkan.

 

  • Saya OKU, saya nak join boleh?

Ya. Pihak MVM sangat berbesar hati untuk sesiapa sahaja menyertai MVM sebagai #VolunteerMVM. Kami akan sedaya upaya memberi kemudahan kepada anda sekiranya anda menyertai program kesukarelawanan MVM. 

 

  • Adakah sijil diberikan untuk #VolunteerMVM ?

Ya. Selepas berdaftar sebagai #VolunteerMVM, untuk setiap program yang anda sertai, anda akan diberikan sijil penyertaan bagi program tersebut.

 

  • Di manakah program-program MVM selalu diadakan?

Buat masa sekarang, program-program kesukarelawanan MVM hanya tertumpu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. In shaa Allah jika ada rezeki, MVM akan melebarkan sayap kepada negeri-negeri lain juga.

 

  • Saya ingin menjadi sukarelawan di luar negara. Macam mana ya?

Kami akan membuat hebahan di emel/ laman sosial sekiranya memerlukan sukarelawan ke misi luar negara.

 

  • Bilakah program-program MVM selalu diadakan?

Untuk makluman anda, kebanyakan program-program MVM diadakan pada hari hujung minggu iaitu pada Sabtu atau Ahad. Anda juga boleh melihat timeline program MVM di laman sesawang rasmi kami. 

 

  • Dimana saya mahu dapatkan parcel eksklusif MVM?

Pihak MVM akan pos kepada anda menggunakan khidmat POS DAFTAR. Jika penghantaran buat kali pertama GAGAL, kami akan mengenakan caj untuk penghantaran kali ke dua. Selain itu, Anda juga boleh hadir ke pejabat urusan MVM untuk dapatkan parcel. 

 

  • Saya sudah berdaftar. Bagaimana saya ingin pastikan pendaftaran saya berjaya?

Terima kasih atas pendaftaran anda sebagai #VolunteerMVM. Anda akan menerima emel berkenaan pengesahan pendaftaran anda sebagai #VolunteerMVM sebaik sahaja pihak MVM semak dan sahkan pendaftaran anda.

 

  • Saya sudah berdaftar. Tetapi masih belum mendapat pek merchandize MVM?

Untuk makluman saudara/saudari, pek tersebut akan dihantar mengikut batch kuota setelah penuh. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan, namun saudara/saudari tidak perlu risau kerana in shaa Allah pek tersebut tetap akan dihantar ke alamat yang telah didaftarkan.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di:

Artikel ini dikemaskini pada 7 Jan 2020 , 5.15 pm 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.