“Saya masih belajar. Boleh ke sertai #VolunteerMVM?”

Assalamualaikum. Hai semua! Apa khabar?

Baiklah kali ini, topik yang bakal kita bincangkan ialah berkenaan satu soalan yang sering ditanyakan kepada pihak Muslim Volunteer Malaysia tentang pendaftaran #VolunteerMVM.

“Saya student, boleh ke saya join?”

“Saya masih bersekolah, boleh tak saya nak sertai?”

“Anak saya masih belajar, xpe ke kalau saya minta dia sertai?”

Baiklah. Ramai orang awam yang berstatus pelajar dan murid bertanyakan soalan ini kepada kami. Mereka ada yang terdiri daripada pelajar-pelajar kolej, universiti, dan juga ada yang masih bersekolah menengah mahupun sekolah rendah.

Boleh ke mereka sertai #VolunteerMVM???

Jawapannya ialah boleh. Kami sangat mengalu-alukan semua orang tidak kira telah bekerja ataupun masih belajar.

Tujuan kita ialah sama. Ingin membantu orang-orang yang memerlukan dan layak diberi bantuan.

Jadi kami di Muslim Volunteer Malaysia membuka peluang kepada anda di luar sana untuk sertai kami sebagai #VolunteerMVM dengan menyertai program-program yang telah kami jalankan.

Pada tahun lepas kita telah jalankan lebih kurang 33 program sepanjang tahun. Pada tahun 2017 ini, kita telah mensasarkan lebih kurang 55 program dan kebanyakan program tersebut akan disertai oleh #VolunteerMVM.

Anda boleh semak program-program 2017 beserta cadangan tarikh yang telah kami sediakan di sini —> TAKWIM PROGRAM MVM 2017

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda belum berdaftar, terus hubungi whatsapp 013-8343 012 (Hasif) dan dia akan membantu anda untuk mendaftar.

Anda juga boleh terus klik link ini utk maklumat lanjut dan mendaftar: PENDAFTARAN #VOLUNTEERMVM

Sebarang persoalan juga anda boleh rujuk di artikel yang telah kami sediakan : SOALAN LAZIM PENDAFTARAN #VOLUNTEERMVM

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.