Program Bulan Ramadhan MVM

program ramadhan muslim volunteer malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan syukur kerana kita dipertemukan dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan rahmat, bulan keampunan.

Sempena dengan bulan Ramadhan ini jom pakat2 rebut pahala Allah lagi-lagi dibulan yang mulia ni.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana anda terus menyokong kempen-kempen yang sedang kami lakukan.

Berikut merupakan kempen – kempen yang masih lagi berterusan.

1. Anak Yatim —> https://mvm.org.my/iftar-mvm-bersama-anak-anak-yatim

Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 80 anak-anak yatim berbuka puasa pada 10 Jun bersamaan hari ke 5 kita semua berpuasa.

2. Keluarga Miskin & Asnaf —> https://mvm.org.my/pureheartramadhan

Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 150 keluarga-keluarga Miskin & Asnaf  dalam program bantuan “PureHeart” pada 25 jun bersamaan hari ke 20 kita semua berpuasa.

3. Projek Dodol —> https://mvm.org.my/projekdodolmvm

Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang sudi untuk menaja 600 dodol yang akan diedarkan sekitar Masjid & Surau sekitar Shah Alam pada 18 & 19 Jun bersamaan hari ke 13 kita semua berpuasa.

4. Kem Ramadhan —> https://mvm.org.my/kem-ramadhan-yeos-bersama-mvm/600

Melalui program ini, MVM memerlukan individu yang berminat untuk menjadi Volunteer untuk mencerikan hati warga rumah kebajikan terpilih didalam bulan yang penuh barakah ini.

5. Kempen RM10 —> https://mvm.org.my/kempenrm10mvm

Kempen ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang.

Ayuh teruskan sumbangan!

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDERMA?

Sumbangan melalui dalam talian (online) / ATM (DEPOSIT TUNAI)

Berikut merupakan no akaun untuk membuat sumbangan :

(Sumbangan di atas nama PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA)

  • Maybank Islamic5648 0164 7699
  • CIMB Islamic8602 5378 07

Selepas pembayaran, sila emailkan ke akaun.mvm@gmail.com, ataupun whatsApp NAMA, EMAIL berserta RESIT PEMBAYARAN untuk rujukan kami ke Yazid MVM- 013-355 6211

Mohon juga doa dari anda, semoga semua berjalan dengan lancar.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.