Pure Heart MVM 2017

Bantuan Asnaf Pure Heart 2017

Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada warga Malaysia yang terpilih agar dapat meneruskan kehidupan harian dalam bentuk barangan bantuan asas dan bantuan perniagaan kepada yang terpilih. Bantuan asas ini akan diberikan keutamaan kepada keluarga yang berpendapatan rendah iaitu RM1,500 ke bawah. Bantuan perniagaan pula diberikan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Pada tahun 2016 yang lepas, kami telah memilih keluarga Puan Norhidah iaitu penerima bantuan Pure Heart di SK Padang Jawa untuk dibantu dalam perniagaan mereka. Boleh baca kisah lanjut & laporan program keluarga penerima bantuan di: Air Mata Ibu Tunggal – Puan Norhidah

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan ikatan kemesraan berpanjangan antara satu sama lain diantara penerima dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan harapan kebajikan keluarga akan dijaga berterusan.

Berbeza pada tahun 2017 ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolohan seperti bag sekolah, botol minuman, dan alat tulis. Pada tahun ini, MVM telah bekerjasama dengan SK Puchong Utama untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga asnaf dimana anak mereka belajar di sekolah ini.

Lebih istimewa lagi pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih. In sha Allah, semoga ia dipermudahkan Illahi.

Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan  kepada penerima bantuan ini. Semoga ia sedikit sebanyak meringankan bebanan ekonomi keluarga ini.

Ps: Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam program Pure Heart 2017 ini, anda diwajibkan untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM, iaitu sukarelawan rasmi MVM.

Untuk mendaftar, sila klik gambar dibawah ini sekarang :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.