Laporan & Gambar Program Pure Heart Sepanjang 2016

Oleh Muslim Volunteer Malaysia : 1 December 2016

pure heart

Program Pure Heart dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan kepada keluarga asnaf yang berpendapatan di bawah RM1,000 untuk meneruskan kehidupan harian.

Program Pure Heart MVM 2016 Ditafsirkan Kepada 3 Pembahagian Fasa.

  • Fasa 1 : Bantuan Asas (Setiap Bulan)
  • Fasa 2 : Latihan Perniagaan dan Peluang Pekerjaan
  • Fasa 3 : Pemantauan Ekonomi

Pada awal tercetusnya idea program Pure Heart, matlamatnya adalah untuk membantu keluarga asnaf menambah sumber pendapatan mereka. Dari pemerhatian MVM selama 9 bulan, kami dapat melihat perubahan diri mereka yang kini mejadi lebih bersemangat untuk merubah kehidupan keluarga masing-masing.

Kami bersyukur kerana ramai pihak yang membantu dari segi meningkatkan kerohanian, semangat daya saing dan memberi kata-kata perangsang samada dari penceramah jemputan mahupun sukarelawan-sukarelawan yang hadir membantu.

Kebanyakkan keluarga asnaf terdiri daripada mereka yang cuma bekerja mengambil upah kecil-kecilan di kawasan perumahan Padang Jawa namun majoritinya ramai yang tidak bekerja. Kehidupan mereka ditampung dengan bantuan kewangan dari zakat dan saudara-mara.

MVM sentiasa berusaha untuk memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu keluarga asnaf melalui program Pure Heart ini. Objektifnya adalah untuk merubah kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun tidak secara keseluruhan namun usaha kecil ini amat memberi makna kepada mereka.

Pure Heart 1.0
Tarikh : 26 & 27 Februari 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pureheart-1-0-february

Pure Heart 2.0
Tarikh : 26 & 26 Mac 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pureheart-2-0-mac-2016

Pure Heart 3.0
Tarikh : 22 & 23 April 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pureheart3-0

Pure Heart 4.0
Tarikh : 27 & 28 Mei 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pureheart-4-0

Pure Heart 5.0 edisi Ramadhan
Tarikh : 24 & 25 Jun 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pureheart-5-0

Pure Heart 6.0 edisi Raya
Tarikh : 22 & 23 Julai 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pure-heart-6-0-edisi-raya

Pure Heart 7.0 edisi Raya Aidiladha
Tarikh : 26 & 27 Ogos 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pure-heart-7-0-edisi-raya-aidiladha

Pure Heart 8.0
Tarikh : 23 & 24 September 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pure-heart-8-0

Pure Heart 9.0
Tarikh : 21 & 22 October 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pure-heart-9-0

Pure Heart 10.0
Tarikh : 25 & 26 November 2016
Laporan program : https://mvm.org.my/activity/pure-heart-10-0

Alhamdulillah, berakhir sudah program Pure Heart selama 10 bulan sepanjang 2016. In sha Allah, program ini akan diteruskan pada tahun 2017 nanti bagi membantu lebih ramai keluarga asnaf di negara ini. Doakan usaha kami di Muslim Volunteer Malaysia diberkati dan dipermudahkanNya.