7 Segmentasi Program Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

7 Segmentasi Program Muslim Volunteer Malaysia.

Ramai sedia maklum bahawa Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah sebuah badan NGO yang fokus pada memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan kepada keluarga bantuan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, MBM telah membahagikan program / aktiviti MVM kepada 6 segmen seperti berikut :

  • Program Berfasa
  • Program Bermusim
  • Program Korporat / Organisasi
  • Program Tahunan
  • Misi Bantuan Kecemasan
  • Aktiviti Terkini / Info Terkini
  • Kempen Tajaan

Program Berfasa

Program berfasa adalah satu program yang dijalankan dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Antara program yang berfasa adalah seperti berikut :

1. Pure Heart MVM

  • Fasa 1 – Bantuan Asas (Barangan asas dapur, bantuan pendidikan, pek persekolahan)
  • Fasa 2 – Bantuan Kemahiran (Latihan kemahiran, pengisian rohani & motivasi, Latihan pengurusan wang, Kelas kemahiran)
  • Fasa 3 – Bantuan Komitmen (Pemantauan ekonomi, bantuan perniagaan, peluang pekerjaan, peluang menunaikan umrah)

Contoh program disini – https://mvm.org.my/activity/pure-heart-edisi-ramadhan-2017

2. Di Sebalik Pintu

  • Fasa 1 – Transformasi Kediaman (Bantuan Asas dan Dekorasi kediaman)
  • Fasa 2 – Transformasi Ekonomi (Latihan perniagaan dan pengurusan ekonomi)
  • Fasa 3 – Transformasi Motivasi (Bantuan dana dan pemantauan ekonomi)

Contoh program disini – https://mvm.org.my/activity/di-sebalik-pintu-4-0-bahagiamu-deritaku-kisah-benar-puan-noor-huda

3. Jejak Mahabbah

  • Fasa 1 – Bantuan Barangan Asas
  • Fasa 2 – Bantuan Dana Perniagaan & Kelengkapan Perniagaan
  • Fasa 3 – Bantuan Pemasaran Perniagaan

Contoh program disini – https://mvm.org.my/activity/jejak-mahabbah-3-0-demimu-anakku-ibu-korbankan-segalanya

Program Bermusim

Program bermusim adalah program-program yang dijadualkan secara tahunan atau pada waktu tertentu sahaja. Antara program yang bermusim adalah seperti berikut :

1. Social Media The Gathering (SMTG) 

SMTG dibawakan khas untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu dan pengalaman sesama sukarelawan. Antara programnya adalah Zoo Negara Volunteering, Ziarah Warga Emas Darul Insyirah,, Kolaborasi bersama Volunteer Asia Pasific, Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim & pelarian Syria, Meraikan anak-anak Autism dan Kacau Dodol MVM.

2. Ibadah Qurban + Aqiqah

3. Sukan MVM (Paintball, Badminton, Bowling dan Futsal)

Program Korporat / Organisasi

  1. MVM Apprentice 

MVM Apprentice merupakan sebuah program yang bertujuan untuk membantu para graduan yang berasal daripada keluarga asnaf untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Program Tahunan

1. Volunteer MVM Appreciation Awards

Volunteer MVM Appreciation Awards adalah majlis makan malam yang dianjurkan untuk menghargai semua sukarelawan MVM yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program MVM.

2. Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 

Sidang media pelantikan Ikon MVM adalah satu majlis bagi memperkenalkan Penasihat dan Ikon MVM yang dipilih untuk setiap tahun.

Misi Bantuan Kecemasan

  1. Malaysia Emergency Relief Pack – Bantuan Mangsa Banjir Kuantan & Sarawak.

Contoh program disini –  https://mvm.org.my/activity/mvm-emergency-relief-di-sarawak

  1. Misi Bantuan Kecemasan Syria

Contoh program disini – https://mvm.org.my/mvm-hantar-rm300000-bantuan-ramadhan-untuk-syria/9960

Aktiviti Terkini / Info Terkini

1. Volunteer Malaysia Awards – A Prime Minister’s Award 

MVM telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia dan program Pure Heart MVM telah mendapat tempat ke-4 program terbaik.

2. Life Class Dr. Atiyah 

Life Class Dr. Atiyah adalah siri video pembelajaran untuk mencantikkan keperibadian diri dan membina minda positif bersama Dr. Atiyah. Antara topik yang dikongsikan adalah Remaja Cemerlang, Ilmu keibubapaan, dan Penjanaan visi dan motivasi hidup. Siri video ini dikongsikan di channel TV MVM di website rasmi mvm dan juga laman sosial MVM.

3. Pendaftaran Keahlian #VolunteerMVM

Bermula tahun 2017, MVM membuka pendaftaran keahlian menjadi #VolunteerMVM secara rasmi. #VolunteerMVM akan mendapat manfaat eksklusif dengan berdaftar menjadi ahli #VolunteerMVM.

Untuk senarai penuh program MVM sepanjang tahun 2017, lihat Takwim Program MVM 2017 disini – https://mvm.org.my/takwim-program-mvm-2017/3953

Kempen Tajaan

MVM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan ikhlas dalam setiap kempen tajaan yang kami anjurkan. Kempen Tajaan MVM terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

Kempen Tajaan Bulanan 

  • Kempen RM10 

Kempen RM10 adalah bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu MVM memperolehi modal kewangan agar terus aktif mempergiatkan program amal yang telah dirancang dan juga kos pentadbiran.

Kempen Tajaan Program

Kempen tajaan program adalah kempen-kempen tajaan yang dibuka bagi mengumpul dana untuk setiap program yang diadakan oleh MVM.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.